CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 12, 2009

kerna dirimu bukan pelangi


epik i



dalam tika embun pagi menyentuh rapat ke bumi



ya! manusia itu bangun!

bangkit dengan satu ungkapan

aku mahu mencari cinta sejati,

dan aku mahu menjadi san pencinta hakiki



epik ii



Diulit pawana indah



Penuh getar! penuh harapan!

manusia itu bangun mencari



epik iii



kehangatan sang mentari



dan kali ini pencarian masih diteruskan

dalam getar yang berlainan



getar songsang

yang membuatkan dirinya terleka dalam sedar

terlena dalam jaga

sedang mata luas membuka

dan hati tidak betah bersuara



epik iv



diulit senja jingga maghrib



pencarian nya masih berbaki

namun, apa yang dijumpai?

berjalan semakin tepok, sesongsang tujuan



maka;

tidak lokek kamu berjumpa sesuatu yang indah,

andai dirimu bukan secantik pelangi!








Wednesday, November 4, 2009

mencari Syurga


ini adalah petikan pendek dr rangkap cerpen yg kini dlm proses untuk disiapkan;


Jangan ambil syurga aku! Jangan bawa syurga aku jauh dari aku! Aku bukan kawin untuk bersenang. aku kawin untuk hidup dalam berkat. aku hendak peluk keberkatan. aku mahu cium bau syurga, syurga bawah tapak kaki suami aku.


Siapa? siapa mahu sentuh suami aku? Bomoh kampung wanita? Jururawat kota? yang masih kekal ajnabi dengan suami aku? Apa guna aku kalau biar mereka rawat suami aku? apa guna aku, yang cacat 5 tahun, yang jenuh suami aku kendong untuk berwudhuk?


Kamu jangan bawa suami aku! Jangan bawa syurga aku jauh dari aku. Aku mahu buat amal, mahu jaga suami aku. apa guna aku kalau bukan kebajikan suami aku jaga? Isteri apa kalau kencing berak suaminya minta belas kasihan orang lain jaga? Aku mampu lagi, kudrat aku masih bersisa kerna cinta aku pada Yang Maha Esa tegar!


Busuk hancing badan dia, badan suami aku juga. Air liur meleleh sampai leher, itu tetap suami itu. itu syurga aku. nanti di 'sana', aku mahu suami aku bawa aku lintas siatul mustaqim. aku tak mahu suami aku kawin dengan bidadari syurga, kerna aku masih belum puas jadi bidadarinya di dunia...


......


p/s : duhai banaati Adam, insan bernama suami bukan pinjaman peribadi. Carilah suami yang akhlaknya mampu mencairkan hati pemilik jiwa-jiwa suci, yang imannya tegar dalam sanubari. bukan carinya kerna rupa paras yang terkadang lokek di tengah jalan, bukan kernaharta yang bisa musnah dimamah kealpaan. carilah suami yang benar-benar suami...


Tuesday, November 3, 2009

monolog kecil

cebisan ini mula nya dr seorang rakan yg benar2 akrab. tersangat akrab! lalu ak zahirkannya dlm bentuk tulisan. dengan harapan, agar semua berfikir. ambil sejenak tika, untuk berfikir seperti ak menelaah bait-bait ini. aksara yang terkadang sukar untuk dihadam oleh mata hati..


"cinta itu banyak tafsiran. terkadang ak melihatnya sebagai lembaran kertas. yang di atsnya dihias tinta-tinta indah. dan kemudian, apabila pena kehabisan tinta, kertas itu ditatap buat beberapa ketika. jenuh menatap, kertas itu direnyuk-renyuk. dikoyak. lalu tempat yang maha angung bagi serangga lalat menjadi habitatny.."

Ini bingkisan dari seorang rakan. yang sedari dahulu, hingga kini tetap di hati ak.


mungkin kiranya ak perlu menghadam aksara kata-katanya sehingga lunyai, dan kemudian mungkin juga ak akan mengerti apa yang sebenarnya tersirat di sebalik tersurat..


satu cinta yang tak pernah ak lupa, dan sentiasa dipuja adalah cinta pada Maha Kuasa.
Jzkk ya banaati Adam..

Aku


Melayu itu
indah bahasanya
tinggi pekertinya
santun bicaranya
sopan akhlaknya

kadang kala
hebat belas kasihnya
kejam juga zalimnya

takkan melayu hilang di dunia
kata seorang melayu
bangsa yang penuh dengan pujangga
penuh dengan madahnya

kadang kala
bangsa ini
sering tersalah langkah
terlajak bicara
bicara bagai sampan
berlayar di arus deras

terkadang
bangsa ini ada duri
duri menjadi daging
bagai semut hitam atas batu hitam
rosak bangsa
rosak negara
rosaklah agama

melayu itu islam
islam itu indah
tetapi
pada siapa melayu berpegang
pada islam
atau pada nama bangsa
mahu mati anak
kerana adatnya

sesungguhnya
manusia hanya insan
hebatkah melayu
lupakah melayu
bahawasanya
kepada Dia juga
kita kembali

sesungguhnya
manusia hanya mentadbir
Dia jugalah yang mentakdir

wahai melayu yang bercahaya
sang pembicara bisa
mintalah dirimu
istikharah jiwamu
semurni bahasamu
sehalus katamu
mengundur
meberi jalan
mengorak harapan
mencari amal
demi Yang Maha Esa
kerna
sehebat rancangan dirimu
rancangan Dia
sebaik baik rancangan....

cerna bidadari


geylang si paku geylang
geylang si rama rama
pulang............
marilah pulang
marilah pulang
bersama sama
pulang............
marilah pulang
marilah pulang
bersama sama